Teresa Palmer
Teresa Palmer

Teresa Palmer

Teresa Mary Palmer[1] (lahir 26 Februari 1986) merupakan pelakon, penulis, model dan penerbit dari Australia yang membuat penampilan pertama menerusi drama 2:37. Beliau turut membintangi filem Warm Bodies sebagai wanita muda yang jatuh cinta dengan zombi, dan sebagai Rebecca menerusi filem Lights Out. Selain itu, beliau turut muncul dalam beberapa buah filem lain seperti December Boys, The Sorcerer's Apprentice, I Am Number Four, Take Me Home Tonight, Love and Honor, The Ever After (beliau menulis bersama dan menerbit bersama dengan suaminya, Mark Webber), Kill Me Three Times, Point Break, Triple 9, The Choice, sebuah filem perang yang diarahkan oleh Mel Gibson, Hacksaw Ridge.Palmer mula berjanjitemu dengan pelakon dan pengarah Mark Webber pada penghujung 2012 selepas Webber menghubungi beliau menerusi Twitter. Mereka memutuskan untuk bertunang pada Ogos 2013, [2] dan berkahwin pada 21 Disember 2013 di Mexico.[3] Anak pertama mereka, Bodhi Rain Palmer, lahir pada Februari 2014.[4] Pada Mei 2016, pasangan ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua,[5] dan anak keduanya, Forest Sage Palmer, dilahirkan pada Disember 2016.[6] Palmer juga mempunyai seorang anak tiri, hasil hubungan Webber dengan pelakon Frankie Shaw.[7] Mereka menetap di Beachwood Canyon, Los Angeles.[8]

Rujukan

WikiPedia: Teresa Palmer http://www.news.com.au/entertainment/celebrity/a-d... http://www.imdb.com/name/nm1954240/ http://celebritybabies.people.com/2016/05/27/teres... http://www.usmagazine.com/celebrity-moms/news/tere... http://www.usmagazine.com/celebrity-moms/news/tere... http://www.usmagazine.com/celebrity-moms/news/tere... http://www.usmagazine.com/celebrity-news/news/tere... http://www.usmagazine.com/celebrity-news/news/tere... http://www.yourzenlife.com/ http://www.yourzenlife.com//